Ramai ibu bapa cuma fikir tentang kos UNIVERSITI.
Tapi sebenarnya? Kos pendidikan bermula dari hari pertama anak masuk tadika.
Bila tengok jumlah ni, baru kita sedar kenapa takaful pendidikan terbaik sangat penting dari seawal tadika lagi.
Dan bila kita tambah semuanya… jumlahnya mungkin mengejutkan.
Breakdown Kos Mengikut Fasa
Fasa 1: Tadika / Prasekolah (4-6 tahun)
| Item | Kos/Tahun |
|---|---|
| Yuran tadika swasta | RM3,000 – RM12,000 |
| Buku & uniform | RM500 – RM1,000 |
| Aktiviti & field trip | RM500 – RM1,500 |
| Subtotal/tahun | RM4,000 – RM14,500 |
| Total 3 tahun | RM12,000 – RM43,500 |
Fasa 2: Sekolah Rendah (7-12 tahun)
| Item | Kos/Tahun |
|---|---|
| Sekolah kerajaan | RM500 – RM1,500 |
| Tuisyen (BM, English, Math) | RM2,400 – RM6,000 |
| Buku, alatan, uniform | RM800 – RM1,500 |
| Co-curriculum | RM500 – RM2,000 |
| Subtotal/tahun | RM4,200 – RM11,000 |
| Total 6 tahun | RM25,200 – RM66,000 |
Fasa 3: Sekolah Menengah (13-17 tahun)
| Item | Kos/Tahun |
|---|---|
| Sekolah kerajaan | RM500 – RM2,000 |
| Tuisyen (semakin banyak subjek) | RM3,600 – RM12,000 |
| Laptop / gadget | RM1,000 – RM3,000 (one-off) |
| Buku rujukan & exam prep | RM500 – RM2,000 |
| Subtotal/tahun | RM5,600 – RM19,000 |
| Total 5 tahun | RM28,000 – RM95,000 |
Fasa 4: Universiti (18-22 tahun)
Berdasarkan yuran terkini Universiti Malaya dan anggaran universiti swasta:
| Item | Yuran Sahaja | Kos Sebenar (+ Sara Hidup) |
|---|---|---|
| IPTA – Sains Komputer (UM) | RM17,400 | RM97,000 – RM110,000 |
| IPTA – Perubatan MBBS (UM) | RM24,900 | RM125,000 – RM150,000 |
| IPTS (universiti swasta) | RM50,000 – RM500,000 | RM110,000 – RM600,000 |
| Luar negara | RM100,000 – RM400,000 | RM200,000 – RM600,000 |
Walaupun yuran UM nampak rendah, kos sara hidup di KL menjadikan jumlah sebenar hampir RM100,000 untuk satu degree.
Jumlah Keseluruhan: Tadika Sampai Degree
| Senario | Jumlah Anggaran |
|---|---|
| Minimum (semua kerajaan, IPTA) | RM106,200 |
| Moderate (campuran, IPTS) | RM354,500 |
| Premium (swasta, overseas) | RM804,500+ |
Nampak tak?
Ini sebab Raff selalu cadangkan takaful pendidikan terbaik yang cover sepanjang tempoh pendidikan – bukan sekadar untuk universiti sahaja.
Walaupun “senario minimum” pun dah lebih RM100,000.
Kos Tersembunyi Yang Ramai Lupa
- Pengangkutan (hantar ambil sekolah, bas)
- Makan tengahari (kantin/packed lunch)
- Internet dan data plan
- Exam fees (MUET, IELTS, SAT)
- Kursus tambahan (coding, bahasa, muzik)
Tambah lagi RM2,000-RM5,000 setahun untuk kos tersembunyi ni.
Macam Mana Nak Handle?
Bagi Raff, kita tak perlu cover 100% sekaligus. Tapi kita perlu MULA.
Fokus pada fasa paling mahal: universiti. Sebab fasa lain boleh cover dari gaji semasa.
Tapi universiti? Kalau tak prepare dari awal, memang sangat berat.
Strategi Raff:
- SSPN Plus – untuk universiti (tax relief RM8,000)
- Takaful pendidikan – untuk universiti + perlindungan (tax relief RM3,000)
- Gaji semasa – untuk tadika, sekolah rendah, menengah
Realiti: Ramai Ibu Bapa Terkejut di Saat Akhir
Raff dah jumpa banyak keluarga yang datang masa anak dah Form 4 atau Form 5, baru nak fikir pasal dana universiti.
Masa tu? Pilihan dah terhad. Caruman takaful sudah terlalu mahal untuk tempoh yang singkat. SSPN dah tak sempat nak kumpul banyak. Akhirnya, bergantung sepenuhnya pada PTPTN.
PTPTN memang membantu. Tapi ia pinjaman. Anak kena bayar balik selama 10-15 tahun selepas habis belajar. Ramai graduan muda yang struggle dengan hutang PTPTN sebelum sempat stabilkan kerjaya.
Bayangkan kalau kita dah start prepare dari anak umur 1-2 tahun. Masa anak Form 5, dana dah tersedia. Anak boleh fokus 100% pada belajar, tanpa tekanan kewangan.
Itu perbezaan antara perancangan awal dan perancangan last-minute. Baca Bila Masa Terbaik Ambil Takaful dan 5 Kesilapan Ibu Bapa Pendidikan untuk panduan apa yang boleh kita buat SEKARANG.
Dari tadika sampai universiti, takaful pendidikan terbaik bantu kita spread kos supaya tak rasa beban sekaligus.
Artikel Berkaitan
Untuk maklumat lanjut tentang takaful pendidikan, baca juga:
- Takaful Pendidikan Terbaik 2026: Panduan Lengkap
- SSPN Plus vs Takaful Pendidikan: Mana Lebih Berbaloi?
- Kos Pengajian Degree di Malaysia 2026
- Berapa Caruman Takaful Pendidikan Yang Sesuai?
Kesimpulan
Dari tadika sampai universiti, kos pendidikan tak pernah murah. Takaful pendidikan terbaik bantu kita plan dari awal supaya tak terbeban kemudian hari.
Pendidikan anak bukan murah. Dari tadika sampai degree boleh cecah ratusan ribu ringgit.
Tapi jangan overwhelming. Fokus pada yang paling besar (universiti), dan start dari sekarang.
Start small tapi konsisten. Kita adalah nahkoda hidup kita.
Sumber rujukan: PTPTN, Kementerian Kewangan Malaysia.
Nak Raff bantu kira dan plan dana pendidikan lengkap untuk anak? WhatsApp Raff.